FACULTY OF ENGINEERING SPORTSRECREATION ANDWELFARE CLUB (FENG CLUB)


Program Menyelusuri Alam: Demi Air Untuk Kehidupan di Adis Buan Mountain Water, Kampung Segong, Singai, Bau, Sarawak

Berkumpul di Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS bagi yang menggunakan Van UNIMAS

Kanak-kanak (anak-anak staf) riang ria bermain air

Gotong Royong Membersihkan Persekitaran

Gotong Royong Menyediakan Makanan Tengahari

Pertandingan Mewarna Feng Merdeka 2021
Kelab FENG 2020-2022 telah berjaya menganjurkan pertandingan mewarna FENG Merdeka 2021 bersempena dengan Hari Kebangsaan 2021. Ia diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Seramai 37 orang peserta telah mendaftar yang terdiri daripada ahli keluarga Fakulti Kejuruteraan UNIMAS.
Terdapat 5 panel juri pertandingan yang telah dilantik dan purata markah telah diambil bagi mengenalpasti pemenang-pemenang. Pemenang-pemenang diberikan hadiah seperti yang dilampirkan (Lampiran). Saguhati telah diberikan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Semua peserta diberikan sijil penyertaan. Keseluruhan peruntukan untuk hadiah para pemenang dan saguhati telah digunakan sepenuhnya iaitu sebanyak RM 460.
Kerjasama yang diberikan oleh AJK amat baik dan hasil kerja para peserta amat memberangsangkan.
Pemenang- Pemenang Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bagi Kategori A dan B.

Hadiah untuk Para Pemenang dan Saguhati

Laporan Bergambar


Program Kemerdekaan - Hijrah Kebangsaan Teguh Manhaj Rabbani, Semarakkan Malaysia Prihatin
Hijrah kebangsaan ini diadakan bagi meraikan dua (2) perayaan utama dalam bulan Ogos tahun 2021 ini, iaitu Maal Hijrah 1443H dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Semangat hijrah dalam bulan kemerdekaan ini amatlah signifikan, di mana kemerdekaan itu sendiri merupakan hijrah dari jajahan kepada kemerdekaan ataupun kebebasan. Kini, semangat hijrah kemerdekaan ini sangatlah diperlukan dan disemarakkan bagi menentang dan memastikan musuh Covid-19 ini dapat diatasi dengan jayanya.
Teguh Manhaj Rabbani, Semarakkan Malaysia Prihatin diangkat menjadi tema untuk program ceramah hijrah kebangsaan Fakulti Kejuruteraan. Ianya dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan ataupun lebih dikenali sebagi Feng Club di kalangan warganya.
Dalam ceramah yang berdurasi selama 2 jam ini,ianya menjelaskan bagaimana tiga elemen utama dalam pembangunan Manhaj Rabbani, iaitu elemen thaqāfī (keilmuan), elemen rūḥī(kerohanian), dan elemen da‘āwī ḥarakī (aktivism) mampu mendidik jiwa, melahirkan ummah berkualiti, insan yang lestari yang seterusnya mampu menyemarakkan Malaysia Prihatin.

Seramai 58 orang staf UNIMAS yang hadir ke sesi ceramah ini. Sesi ceramah berakhir pada jam 1200 tengahari dan ianya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Wan Mujahid bin Wan Alwi.

Disediakan oleh
Ir Dr Kasumawati Lias
Moderator Ceramah Hijrah Kebangsaan 2021
Projek JOM DERMA Fakulti Kejuruteraan

1. Agihan Pertama untuk PPV IPT Unimas
Agihan pertama untuk PPV IPT Unimas telah dijalankan pada 21 Jun 2021. Agihan ini disampaikan kepada Naib Canselor, Unimas, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi oleh Pengerusi Feng Club, Dr Dayang Azra binti Awang Mat bersama Ketua Projek, Dr Kasumawati binti Lias dan Ahli Jawatankuasa JOM DERMA, Dr Norazlina binti Bateni.




2. Agihan Kedua untuk PPV IPT Unimas



Program Feng Kasih Ramadhan 1442H
Feng Kasih adalah satu program anjuran Feng Club yang diadakan untuk mengeratkan kasih silaturrahim di kalangan staf Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS yang mana ianya mengetengahkan tema “Menyemarakkan Cinta Feng Kasih Melalui Tauladan Islam”. Untuk Ramadhan 1442H, pelbagai aktiviti telahpun dirancang dan dijalankan. Antaranya adalah:
- Feng Bertadarus
- Feng Kurma Kasih
- Feng Khatamal Al-Quran
- Feng Kasih Pulut Kuning
1. Feng Bertadarus
Feng bertadarus ini diadakan bagi menyemarakkan cinta dan kasih kepada Al-Quran disamping belajar dan memperbaiki bacaan Al-Quran dengan tajwid dan maghraj yang betul. Tadarus ini disertai oleh para muslimah dari Fakulti Kejuruteraan (FK) dan juga beberapa staf muslimah dari Fakulti Sains Kognitif Pembangunan Manusia (FSKPM). Ianya bermula pada 1 Ramadhan sehingga 16 Ramadhan 1442H.


2. Feng Kurma Kasih
Feng Kurma Kasih ini dijalankan bagi mengimarahkan Ramadhan 1442H dengan makanan sunnah Tauladan Islam tercinta, Rasullullah SAW, iaitu Kurma. Kurma Ajwa dan Kurma Safawi dipekkan bersama dalam satu pek Feng Kurma Kasih untuk diagihkan kepada staf Fakulti Kejuruteraan. Ianya juga dikongsi bersama Jemaah solat Jumaat di PITAS, UNIMAS, Masjid Darul Naim, Kampung Lintang dan Masjid Bomba, Matang Jaya. Pek Feng Kurma Kasih ini diagihkan pada 11 Ramadhan 1442H bersamaan dengan 23 April 2021.


3. Feng Khatamal Al-Quran
Feng Khatamal Al-Quran telahpun diadakan pada 17 Ramadhan 1442H iaitu bersamaan dengan 30 April 2021. Ianya dijalankan sebagai penutup kepada tadarus Al-Quran yang selesai bacaan sehingga juzuk 29 pada 16 Ramadhan 1442H iaitu 29 April 2021. Khatamal Al-Quran ini dijalankan dengan membaca juzuk 30 bersama-sama dan diakhiri dengan doa khatamal Al-Quran.


4. Feng Kasih Pulut Kuning
Pengagihan pulut kuning ini merupakan simbolik khatamnya bacaan Al-Quran disamping memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas segala nikmat yang diberikan, terutamanya nikmat keluangan masa untuk bertadarus di bulan Ramadhan yang mulia. 200 pek pulut kuning ini diagihkan pada 7 Mei 2021 kepada staf Fakulti Kejuruteraan.


Laporan Program Sekampit Beras Seikhlas Hati 2021

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Program sekampit beras seikhlas hati 2021 telah berjaya mencapai melebihi matlamat sasaran 100 buah keluarga sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Program ini merupakan program kerjasama bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam (JAKIM, Sarawak) serta Pejabat Agama Islam Bahagian Kota Samarahan. Semoga sumbangan yang telah diberikan ini dapat memberi sinar kepada para penerima pada bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan. Semoga sumbangan sedekah yang diberikan dapat menghapuskan segala dosa sebagaimana air memadamkan api.
Program Sekampit Beras seikhlas hati telah berjaya mengumpul sebanyak 111 paket sumbangan makanan utk diberikan kepada golongan asnaf. Kandungan bagi setiap paket sumbangan terdiri daripada beras, gula, maggie kari, tepung, biskut krim krakers, minyak, susu, kopi/teh.
Beberapa senarai nama golongan asnaf yang telah dipilih untuk menerima sumbangan paket yang telah disediakan mengikut beberapa kawasan sekitar Kuching dan Kota Samarahan yang telah dikenalpasti. Senarai kawasan penerima sumbangan bagi program ini termasuk kawasan Kampung Tradisi, Lot Fasa 1, Lot Fasa 2, Lot Fasa 3, Kampung Pinang, Kampung Meranek, Kampung Sindang, Kampung Lidah Tanah, Kampung Bukit Panchur, Tanjung Bundung, Kampung Empila, Kampung Tanjung Tuang, Kampung Baru, Kampung Keranji, Kampung Bunga Rampai, dan kampung Batu Kitang.
Pengagihan ini telah berjaya dilaksanakan pada 29 April 2021 yang pada mulanya program pengagihan ini dijadualkan pada 21 April 2021. Penangguhan ini adalah bagi mengurangkan penularan Covid 19 yang semakin meningkat di Sarawak, di samping mematuhi arahan PKPB yang telah diumumkan oleh kerajaan Sarawak yang bermula pada 20 April sehingga 17 Mei 2021.
Pengagihan 50 paket sumbangan telah diserahkan kepada pihak JAKIM Sarawak untuk diagihkan kepada senarai penerima di sekitar Kota Samarahan. Manakala 61 paket lagi telah diserahkan secara terus kepada penerima oleh AJK Program Sekampit Beras.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Sekampit Beras Seikhlas Hati.
Ikhlas daripada,




Program Feng Kasih: Ceramah Bersempena Isra’ Mikraj 2021 / 1442H


Laporan FENG Club, 9 September 2020
Pada 1 September 2020, mesyuarat pertama FENG Club telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, FK. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang untuk perlantikan senarai ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2020 sehingga 2022. Beberapa aktiviti juga telah dicadangkan untuk dianjurkan dalam tempoh tahun 2020 dan 2021. Aktiviti yang akan diadakan pada masa terdekat adalah pertandingan merekacipta T-Shirt FENG Club yang akan berlangsung sepanjang bulan September 2020. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai RM100. Seterusnya pada Oktober 2020, FENG Club akan mengadakan Majlis Perasmian TMM dan Penghargaan Staf FK.
Pertandingan merekacipta T-Shirt FENG Club
Pertandingan merekacipta T-Shirt FENG Club sedang berlangsung sehingga 30 September 2020. Ianya terbuka kepada semua warga fakulti dan bertujuan untuk memupuk semangat inovasi di samping menimbulkan rasa kekitaan di kalangan ahli FENG Club. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian dan juri profesional yang dilantik. Nantikan pengumuman pemenang dan design yang terpilih untuk dijadikan T-Shirt rasmi FENG Club!

Laporan FENG Club, 9 September 2020
Pada 1 September 2020, mesyuarat pertama FENG Club telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, FK. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang untuk perlantikan senarai ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2020 sehingga 2022. Beberapa aktiviti juga telah dicadangkan untuk dianjurkan dalam tempoh tahun 2020 dan 2021. Aktiviti yang akan diadakan pada masa terdekat adalah pertandingan merekacipta T-Shirt FENG Club yang akan berlangsung sepanjang bulan September 2020. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai RM100. Seterusnya pada Oktober 2020, FENG Club akan mengadakan Majlis Perasmian TMM dan Penghargaan Staf FK.
Laporan Majlis Penghargaan & Sambutan Hari Jadi Staf FK

Pada 9 Oktober 2020, telah diadakan Majlis Penghargaan & Sambutan Hari Jadi Staf FK. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi FENG Club, Dr Dayang Azra binti Awang Mat bersama ketua projek, Dr Mohd Syahmi b Jamaludin dan Pn Hjh Nor Fadzilah bt Kamaruzaman.

Aturcara Majlis adalah seperti berikut di atas


Buat julung kalinya, FENG Club mengadakan Pertandingan Merekacipta design T-Shirt dan pemenangnya ialah En Saiful Edi dari Jabatan Kejuruteraan Sivil. Hadiah telah ditaja oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Pengerusi FENG Club.


Selain itu, majlis pada hari ini bertujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada staf-staf yang telah atau akan bersara dalam masa terdekat. Staf-staf yang telah bersara ialah, Prof Datuk Dr Mohd Kadim b Suaidi, Prof Dr Sinin b Hamdan, PM Dr Siti Halipah bt Ibrahim, Dr Onni Suhaiza bt Selaman, Prof Law Puong Ling dan Tn Hj Affandi b Othman. Majlis juga menghargai staf-staf yang telah berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan dan telah berpindah ke jabatan lain, atau bertukar pekerjaan iaitu Cik Azeemah bt Ahmad, Pn Rozita bt Nawi dan En Mohd Zulfika Hazielim b Zakaria. Majlis turut dihadiri YBhg Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor.
Di kesempatan ini, majlis juga turut meraikan hari kelahiran 39 staf yang jatuh dalam bulan Oktober, November dan Disember. Tahniah juga diucapkan kepada staf yang menyambut kelahiran baharu, semoga cahaya mata yang dianugerahkan akan membesar dengan sihat dan baik.

Selain itu juga, cabutan bertuah turut diadakan. Sebanyak 17 hadiah telah disediakan dan hadiah utama ditaja oleh Prof Dr Wan Azlan Wan Zainal Abidin, PM Ir Ts Dr Kismet anak Hong Ping dan PM Dr Norsuzailina bt Mohamed Sutan. Hadiah-hadiah berupa tuala FENG Club, beg anyaman, ayat kufi, kipas angin dan pengisar makanan.



Gambar-gambar majlis:



