FACULTY OF ENGINEERING

STUDENT ASSOCIATION FACULTY OF ENGINEERING (SAFE) UNIMAS

PENDAHULUAN

SAFE adalah merupakan sebuah organisasi pelajar induk Fakulti Kejuruteraan. Oleh itu, setiap aktiviti yang dianjurkan dan disertai oleh SAFE adalah untuk kepentingan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan disamping mampu menjadikan ahli-ahli SAFE menjadi lebih proaktif dalam menangani masalah dan mempunyai sifat kepimpinan yang jitu untuk memimpin para pelajar kejuruteraan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disertai juga mampu merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dengan kakitangan dan pelajar Fakulti Kejuruteraan sekaligus Universiti Malaysia Sarawak dan merupakan platform untuk menjadikan SAFE UNIMAS sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing di serata dunia.








OBJEKTIF

Antara objektif program-program yang dilaksanakan dan disertai adalah:-

  • Meningkatkan daya proaktif para ahli.
  • Meningkatkan kebolehan interpersonal setiap ahli.
  • Menimba ilmu pengetahuan mengenai teknologi semasa kejuruteraan.
  • Meningkatkan daya komunikasi para ahli.
  • Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan para kakitangan dan pelajar Fakulti Kejuruteraan.

PROGRAM

HARI ORIENTASI PELAJAR BARU SESI 2016/2017

Program Hari Orientasi Fakulti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk pelajar baru Fakulti Kejuruteraan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Hari Orientasi untuk pelajar masukan September sesi 2016/2017 telah diadakan pada 24 September 2016. Program ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 3:00 petang. Seramai 450 pelajar ambilan baru Fakulti Kejuruteraan serta 90 AJK telah turun padang bersama-sama menjayakan program ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami Fakulti Kejuruteraan, kegunaan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan(SAFE) serta Institute of Engineers Malaysia- Student Association Faculty of Engineering (IEM- SAFE). Program ini juga diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru Fakulti Kejuruteraan dengan persekitaran serta peraturan di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Pelajar baru juga dapat mengenali rakan dari jabatan lain serta mereka lebih mengetahui selok-belok kawasan di fakulti. Selain itu, para pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain serta ahli jawatankuasa SAFE dan juga IEM-SAFE.

Dengan itu, program ini telah dijadikan acara tahunan di dalam kalender aktiviti Fakulti Kejuruteraan anjuran SAFE dan IEM-SAFE.











MINGGU KEJURUTERAAN 2016/2017

Minggu Kejuruteraan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh IEM-SAFE UNIMAS Seksyen Pelajar. Acara ini julung kali dianjurkan pada tahun 2011 bersempena dengan sambutan Minggu Kejuruteraan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM).

Acara ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan IEM-SAFE UNIMAS Seksyen Pelajar kepada masyarakat khususnya pelajar, kakitangan dan pensyarah UNIMAS. Acara ini juga kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, IEM Cawangan Sarawak dan IEM G & S Cawangan Sarawak. Kerjasama ini adalah satu platform utama untuk membawa pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan lebih dekat dengan industri atau organisasi di luar.

LATIHAN DAN KESEDARAN INDUSTRI PROGRAM 2.0

Program Kesedaran Latihan dan Perindustrian (TRIA) berfungsi sebagai memberi pendedahan awal kepada pelajar menengah rendah terhadap pendidikan teknik vokasional dan latihan (TVET), yang telah menjadi satu tumpuan bagi negeri ini. Program ini adalah untuk membiasakan pelajar dengan konsep "Engineering Land".

Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dengan universiti-universiti di seluruh Sarawak seperti Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Swinburne, Politektik Kuching dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.










PERSIDANGAN KEJURUTERAAN 2016

Persidangan Antarabangsa UNIMAS STEM Engineering 2016 (EnCon2016) diadakan pada 26 sehingga 28 Oktober, 2016 yang bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak. Dengan bertemakan ' Cabaran dan penyelesaian inovatif untuk kejuruteraan dan teknologi', persidangan ini telah berjaya dilaksanakan dan telah mendapat penyertaan daripada serata tempat. Objektif persidangan tersebut adalah untuk menyediakan platform untuk para penyelidik, ahli akademik, jurutera, profesional industri dan pelajar siswazah untuk berkongsi pengalaman dan penemuan mereka terutamanya mengenai penyelesaian untuk kejuruteraan dan cabaran teknologi. Selain itu, acara ini menggalakkan dan meningkatkan peluang rangkaian di kalangan peserta dari pelbagai latar belakang dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Malah, para perserta persidangan ini boleh menambah pengetahuan mengenai kejuruteraan dan teknologi dengan berkongsi idea dan kemajuan teknologi terkini dan penyelesaian yang inovatif.


PENUTUP

Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan mahupun disertai oleh SAFE sesi 2016/2017 memberi impak yang positif bukan sahaja kepada ahli malahan kepada para pelajar dan juga kakitangan Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.