FACULTY OF ENGINEERING

AKTIVITI KIWITECH

1. SEMINAR INTEGRATE DESIGN PROJECT (IDP) 2017

Kerjasama antara UNIMAS dengan KIWITECH SDN. BHD. telah mengadakan seminar Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP) kepada pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan. Seramai 50 orang pelajar telah menghadiri sesi ini yang dikendalikan oleh pihak KIWITECH SDN. BHD. Ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kejuruteraan digital teknologi dan arah tuju industri masa kini bagi membantu mereka dalam memberi idea merekabentuk projek IDP.













2. INTERNATIONAL SCIENCE, TECHNOLOGY AND ENGINEERING EXPO (i-STEEx) 2017

KIWITECH SDN BHD telah menyertai expo i-STEEx 2017 yang telah diadakan pada 26 oktober dalam Engineering Conference (EnCon) 2017 di Imperial Hotel Kuching Sarawak. Expo tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Objektif utama i-STEEX 2017 adalah untuk mempamerkan inovasi dan projek penyelidikan terbaru oleh pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan industri. Tema untuk tahun adalah "Memupuk Inovasi Hijau untuk Masa Depan" menggalakkan para peserta untuk menunjukkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka menggunakan bahan-bahan yang mampan yang tidak memudaratkan persekitaran kita.


3. LAWATAN INDUSTRI UPNM

Unimas- Makmal Industri Smartcity telah menerima lawatan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Delagasi seramai 5 orang telah di beri penerangan oleh En. Zulkarnain Tahir dan En. Cedric koordinator bersama dari pihak syarikat KIWITECH bersama dengan komuniti UNIMAS-KIWITECH SDN BHD.













4. FINAL YEAR PROJECT MONITORING

Sesi penyeliaan dan perkongsian pengalaman untuk pelajar tahun 4 bagi projek tahun akhir (FYP) dan CEO KIWITECH SDN BHD oleh En. Azrin. Tema FYP pada semester ini sesi 2017/2018 adalah Smart Technologies. Dua orang pelajar lelaki telah menjalani latihan industri selama 10 minggu pada semester lepas bagi sesi 2016/2017 di makmal industri “Smart City” UNIMAS. Banyak pengalaman dan ilmu telah mereka pelajari.